English

Soalan Lazim

1.   Apakah kandungan e-Warta Persekutuan?
    
  • e-Warta Persekutuan menyiarkan semua Perundangan subsidiari [P.U.(A) dan P.U.(B)] yang dibuat di bawah undang-undang persekutuan mulai 26 April 2011.
  • Semua perundangan (Akta Utama dan Akta Pindaan) yang diluluskan oleh Parlimen mulai bulan Mac 2011 (semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas) telah disiarkan mulai 2 Jun 2011.

2.   Di mana perundangan yang dibuat sebelum 26 April 2011 boleh didapati?

    
  • Perundangan utama yang dibuat sebelum 26 April 2011 boleh didapati daripada portal Jabatan Peguam Negara (www.agc.gov.my) dan portal Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) (www.lawnet.com.my), serta laman sesawang/portal Kementerian/Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkenaan.
  • Perundangan subsidiari yang dibuat sebelum 26 April 2011 boleh didapati daripada portal PNMB (www.lawnet.com.my dan www.e-warta.com.my).
  • Salinan cetak perundangan utama dan perundangan subsidiari boleh dibeli daripada PNMB.

3.   Bolehkah perundangan yang disiarkan di e-Warta Persekutuan dimuat turun?

    
  • Perundangan boleh dimuat turun dan dicetak daripada portal ini untuk tujuan rujukan.
  • Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan bahawa salinan yang dicetak daripada portal ini bukanlah salinan Warta yang dicetak oleh Pencetak Kerajaan (PNMB) bagi maksud seksyen 61 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (berhubungan dengan pembuktian undang-undang dalam prosiding mahkamah).
  • Pengguna boleh membeli salinan cetak Warta yang disiarkan dalam portal ini daripada PNMB.
  • Perundangan subsidiari akan dicetak pada setiap minggu dan boleh dibeli pada minggu yang berikutnya.

4.   Apakah status undang-undang perundangan yang disiarkan di e-Warta Persekutuan?

    
  • Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] mentafsirkan "Warta" sebagai termasuk Warta rasmi yang disiarkan dalam bentuk elektronik.
  • Subseksyen 18(4) Akta 388 menyatakan bahawa tarikh siaran Warta hendaklah disifatkan sebagai tarikh Warta itu mula-mula disiarkan dalam apa-apa bentuk.
  • Mulai 26 April 2011, e-Warta Persekutuan adalah Warta rasmi pertama yang disiarkan kepada awam.