English

Terma & Syarat

1.   Walaupun setiap ketelitian diambil semasa menyediakan maklumat yang terkandung dalam portal ini, tiada jaminan, secara nyata atau tersirat yang diberikan oleh Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia mengenai kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberikan dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan atau peninggalan yang boleh berlaku. Tidak dalam keadaan apa pun Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia bersalah atau bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan apa jua, termasuklah tanpa pengehadan, secara khusus, tidak langsung atau yang berbangkit daripada atau yang berhubung dengan penggunaan atau pergantungan kepada maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau dengan apa cara sekali pun.

2.   Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan maklumat tidak kira bagaimana jua sekali pun yang disebabkan sama ada akibat daripada apa-apa gangguan, penangguhan atau penamatan akses kepada portal ini.

3.   Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan atau kegagalan mengakses portal ini yang disebabkan oleh perkara yang di luar bidang kuasa Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia, termasuklah tanpa pengehadan kepada bencana alam, peperangan atau darurat kepada negara, kemalangan, kebakaran, banjir, petir, kegagalan eletrik, rusuhan, mogok, sekatan, pertikaian perindustrian atau wabak, dsb.

4.   Pengguna portal ini hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala maklumat yang diterima, disimpan atau yang dihantar melalui atau dari portal ini.
5.   Hakcipta 2011 oleh Jabatan Peguam Negara, Malaysia, hakcipta terpelihara. Bahan ini boleh dimuat turun tetapi penghasilan semula tanpa kebenaran dengan apa-apa cara untuk apa-apa perniagaan yang meraih keuntungan tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Peguam Negara, Malaysia adalah dilarang sama sekali.